Kunjungan guru-guru ke PSS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini (02.02.2013) PSS yang masih dikemaskini dikunjungi beberapa orang guru termasuk GPM sendiri dan guru unit keceriaan PSS yang melihat perkembangan PSS setakat ini selepas selesai aktiviti ko kurikulum sekolah. Setiausaha HEM turut serta dan telah memberikan beberapa cadangan. Terima kasih kepada rakan guru yang sudi berkunjung dan pada masa yang sama sempat berbincang beberapa perkara untuk penambahbaikan PSS walaupun lokasi PSS baru ini berada di Tingkat 4 bangunan baru.

GPM sendiri menjadi penunjuk dan pemberi maklumat setiap lokasi PSS baru ini.Unit Keceriaan juga menambah keceriaan PSS dibantu oleh guru-guru lain. Diharap guru-guru lain juga dapat berkunjung dan boleh melihat perkembangan PSS baru ni dan boleh memberikan idea terbaru untuk difikirkan jika ianya dapat diusahakan.  Maaf, gambar-gambar kunjungan guru tadi tak sempat diambil kerana sibuk memberi penjelasan kepada mereka.

Leave a comment