Video Sambutan Hari Guru 2013

Video Multimedia Sambutan hari guru sekolah 2013 yang dihasilkan oleh Unit Media Pusat Sumber Sekolah.

Advertisements

Video Persembahan Majlis Aku Janji Pelajar

Video multimedia yang dipersembahkan semasa Majlis Aku Janji Pelajar PMR dan SPM pada 20.04.2013 yang dihasilkan oleh Unit Media Pusat Sumber Sekolah.

Laporan ringkas Program KM1M 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selesai sudah Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) 2012 peringkat sekolah dengan jayanya. Walaupun pelbagai aktiviti lain dijalankan dan juga kesibukan guru-guru, program ini tetap dijalankan secara sederhana. Apa yang menariknya, sasaran pelajar melebihi dari apa yang dijangkakan walaupun bilangan pelajar sasaran seramai 80 pelajar telah didaftarkan dalam READ2012.

Kemuncak Program KM1M 2012

Maklum balas positif dalam kalangan peserta program sedikit sebanyak melancarkan perjalanan program. Program yang dijalankan selama tiga hari bermula 22 Oktober 2012 dan berakhir pada 24 Oktober 2012 diselitkan dengan beberapa aktiviti. Dalam surat arahan pelaksanaan program ini sepatutnya berakhir pada 25 Oktober 2012 tetapi sekolah telah memberikan cuti awal sempena Hari Raya Aidiladha.

Maka pelaksanaan program hanya selama tiga hari iaitu kemuncak pelancaran pada 24 Oktober 2012 yang diisi dengan pelbagai aktiviti. Semoga pada masa akan datang, aktiviti seperti ini akan diteruskan dan dilaksanakan dengan lebih baik lagi. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya lima guru sebagai Fasilitator untuk menjadikan perjalanan program ini lebih menarik dan berlangsung dengan jayanya.

Disediakan,

Shorab Bin Syed Ali

Penyelaras Program Kem Membaca 1 Malaysia 2012 @ Guru Penyelaras Pusat Sumber

Antara gambar-gambar pelaksanaan Program KM1M peringkat sekolah