PSS sudah 1 tahun 2 bulan…

Assalamualaikum..

Pada hari ini (13 Mei 2014), PSS semakin ‘membesar’ di tempat dan suasana baru. Hampir 1 tahun 2 bulan lebih sejak dibuka pada 15 Mac 2013 secara tidak rasmi, PSS makin ‘membesarkan dirinya’ di tempat yang baru. Boleh dikatakan permulaan ‘menghidupkan’ semula PSS khususnya di tempat baru bermula dari kosong. Arahan untuk mengambil alih dalam keadaan terpinga-pinga untuk memulakan PSS yang baru.

67

Ilmu yang begitu cetek tentang dunia PSS walaupun zaman persekolahan pernah menjadi Pengerusi PSS bukanlah satu panduan yang cukup untuk membentuk semula PSS di sekolah ini. Tidak mahu menyalahkan pihak terdahulu, mungkin inilah dugaan alam pekerjaan bagi seorang guru baru untuk diamanahkan menjalankan tanggungjawab yang penuh dugaan.

Permulaannya cukup memeritkan, cuti sekolah tahun 2012 (tahun pertama bergelar seorang guru) diisi dengan memindahkan semua peralatan dan ‘isi-isi’ PSS dari tempat lama ke tempat yang baru. Bantuan beberapa rakan dan adik menjalankan tanggungjawab ini. Keadaan ini sudah cukup memberi dugaan yang mencabar. Mengangkut barang, kerusi meja dari tingkat 3 bangunan lama ke tingkat 4 bangunan baru bukanlah tugas mudah. Berkat kesungguhan mereka yang membantu, dalam tempoh 2 hari akhirnya proses pemindahan barang-barang yang berat Berjaya dilakukan.

8

Permulaan tahun baru persekolahan 2013, perancangan dan merekabentuk PSS di tempat baru diisi di samping menunaikan tanggungjawab sebagai guru baru di Tingkatan 6. Tugas dan amanah beriringan untuk dilaksanakan dengan harapan untuk direalisasikan sepenuhnya. Tingkatan 6 yang sudah berubah ke sistem pentaksiran baru dan memerlukan perhatian yang serius kerana pelajar Tingkatan 6 akan mengambil peperiksaan awam dalam bentuk penggal. Sedikit terjejas perhatian untuk membangunkan PSS tatkala jadual waktu mengajar yang begitu padat dan kurangnya masa untuk memikirkan hala tuju PSS.

Sedikit demi sedikit PSS dibangunkan dengan bantuan guru PSS yang dilantik bersama bantuan pengawas PSS yang begitu komited untuk melihat PSS di tempat baru akan diwujudkan. Hampir 3 bulan proses kemaskini PSS, akhirnya berjaya dibuka secara tidak rasmi pada 15 Mac 2013 walaupun masih tidak seperti PSS yang normal. Begitu banyak kekurangan, begitu banyak kelemahan, sistem pengurusan, sistem perfailan dan kemudahan pinjaman belum cukup untuk dilaksanakan. Namun, tetap dibuka juga kepada warga sekolah sementara dari semasa ke semasa PSS dikemaskini. Hari demi hari, PSS dibangunkan, dikemaskini, menjalankan program setakat mana yang mampu dengan komitmen yang banyak kepada tugas-tugas yang lain.

20121113_171052[1]

20130109_155459

20130109_151436

20121024_095719

DSC_0011

DSC_0019

Apa yang menjadi sejarah untuk PSS baru ini, PSS sekolah ini merupakan PSS pertama di Malaysia yang diterima untuk pelaksanaan Program Kembara Bakti Guru Perpustakaan dan Media Malaysia yang pertama di Malaysia. Program ini diilhamkan hanya dalam Facebook Rasmi GPM Malaysia bertujuan untuk membantu PSS dalam pelbagai segi khususnya membangunkan PSS itu sendiri sejajar dengan fungsi PSS kepada sekolah. PSS sekolah ini menawarkan diri untuk diberi peluang bangun semula seperti PSS yang lain walaupun ada beberapa sekolah lain yang turut sama menawarkan diri untuk dibantu.

Akhirnya PSS sekolah ini dipilih untuk Kembara Bakti GPM yang pertama dan pastinya sebagai GPM yang diamanahkan membangunan PSS sekolah ini sedikit sebanyak menjadikannya satu platform membangunkan PSS lebih dinamik lagi. Tarikh 12 – 16 Disember 2013, program ini telah berlangsung dalam keadaan PSS masih serba kekurangan untuk menyediakan pelbagai kemudahan kepada pihak pelaksana Program menjalankan tugas mereka. Banyak perkara yang dipelajari, nasihat dan motivasi diberikan dalam usaha memantapkan lagi PSS sekolah ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak Pelaksana Program Kembara Bakti GPM Malaysia 2013 yang dikelolakan oleh orang kuat BTP Semenanjung, kehadiran mereka ke PSS sekurang-kurangnya memberi semangat dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.


2

4


5

10

Segala tunjuk ajar dan motivasi untuk memantapkan PSS sekolah ini akan terus disemat dalam saubari khususnya kepada diri GPM sendiri dan 8 orang pengawas PSS yang sanggup datang membantu program ini. Kini, PSS akan terus berusaha menjadi PSS yang lebih baik lagi pada masa akan datang. Sokongan dan kerjasama dari pentadbir khususnya mendorong PSS untuk dibangunkan dengan lebih mantap lagi. Dugaan dan ujian kadang kala datang menerjah, seketika PSS terabai, seketika semangat turun namun amanah tetap amanah. Ujianhadir mengajar untuk lebih mengenal erti perjuangan sebenar dalam kehidupan manusia.

1

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam membangunkan PSS sekolah ini di tempat yang baru walaupun sudah berusia hampir 1 tahun 2 bulan . Jasa dan khidmat bakti semua sentiasa dalam kenangan khususnya PSS ini sendiri.

Sekadar kenangan aktiviti PSS setakat ini dalam tahun 2014 ..

1. Taklimat PSS dalam Orientasi Pelajar Tingkatan 1

2. Pengambilan dan pemilihan Pengawas PSS baru

3. Program Bicara Hati ke Hati bersama Pengawas PSS lama dan baru

4. Kuiz bulanan dalam PSS

5. Pameran dan Jualan di Hari Iktiraf sekolah

6. Program 10 minit membaca peringkat sekolah anjuran Perpustakaan Negara

1043 34332 34322 6744 5454 3432 2124 765 212 231 343 11 12

Advertisements

Mesyuarat Pertama PSS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah pada hari ini selesai sudah mesyuarat pertama PSS pada tahun 2013 dengan kehadiran PK1 sebagai pendorong untuk guru PSS yang hadir untuk melakukan yang terbaik berkenaan dengan pengurusan program dan aktiviti PSS. Diharapkan perbincangan dalam mesyuarat memberikan permulaan baru untuk lebih menghadirkan banyak kerjasama dan sikap bantu membantu dalam program PSS khususnya. Semoga kita semua khususnya guru-guru dalam pengurusan PSS dapat menjalankan tugas dengan lebih dedikasi lagi.

Suasana PSS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selepas PSS dibuka secara tidak rasmi pada 15 Mac 2013, pelbagai aktiviti telah dijalankan khususnya di dalam PSS. Berikut antara gambar dan suasana aktiviti yang telah dijalankan sama ada PSS sebagai tempat belajar, indoor game, tempat kelas tambahan malam pelajar asrama, pembentangan tugasan pra universiti dan macam-macam lagi.  Selepas cuti penggal persekolahan nanti, PSS akan mengadakan kursus asas pengawas PSS dan juga beberapa program yang lain jika keadaan mengizinkan.

20130226_161315

20130301_160253

DSC_0019

DSC_0013

20130301_160253

20130301_160337

882014_124078011109703_1683993315_o

602174_125356120981892_1703787440_n

Transformasi Pusat Sumber

Suasana di perpustakaan perlukan perubahan

FDFDF

BOSAN tidak menarik dan hanya akan pergi sekiranya terpaksa sahaja. Itu adalah jawapan “jujur” yang diberikan tatkala ditanya akan pandangan orang ramai berkaitan dengan perpustakaan negara.

Tidak sekadar itu, mereka juga menganggap gedung ilmu itu hanya sesuai bagi golongan kanak-kanak dan penuntut institusi pengajian tinggi serta tidak bagi mereka yang sudah melepasi dunia itu.

Bagi komuniti ini, perpustakaan hanyalah sebuah institusi pencarian atau rujukan terbaik dalam proses melengkapkan kajian atau bidang penyelidikan.

Walhal, objektif perpustakaan adalah luas termasuk meningkatkan budaya membaca masyarakat.

Namun, untuk melabelkan golongan ini tidak membaca mungkin bukan satu percaturan yang tepat. Ini kerana, kewujudan pelbagai aplikasi teknologi hebat seperti iPhone, iPad, Blackberry membolehkan pembacaan berlaku di mana sahaja tanpa memerlukan mereka ke perpustakaan.

Akan begitu, senario sebaliknya pula meruangi kedai-kedai buku ternama seperti MPH, Kinokuniya, Borders dengan pesta buku seperti jualan berkonsepkan gudang “pay less books.”

Jumlah pengunjung lebih ramai daripada perpustakaan, itu yang dapat diperkatakan. Ini sekali gus, menafikan dakwaan kewujudan teknologi mematikan minat mereka terhadap ilmu berbentuk konvensional, buku.

Namun, apa yang menghairankan ialah mereka lebih sanggup “membeli” buku di kedai-kedai buku berkenaan berbanding pembacaan secara “percuma” yang ditawarkan oleh perpustakaan negara ini. Mengapa?

Bukan satu malah sudah terdapat pelbagai kajian dilakukan berkaitan dengan kepentingan kemudahan, persekitaran yang menarik dalam meningkatkan atau mewujudkan minat seseorang itu terhadap sesuatu perkara, hobi dan seumpamanya.

Malah, dari sudut motivasi itu juga menekankan kepentingan “persekitaran” dalam kehidupan seharian manusia. Selain dapat meningkatkan semangat bekerja, ia juga dapat menarik minat serta membentuk diri seseorang untuk menjadi pencinta perpustakaan.

“Maaf cakaplah, perpustakaan kita saiz sahaja besar tetapi hambar, malap, langsung tidak ceria dan terlalu skema.

“Kempen pelbagai pun tetapi kalau fizikal bangunan tidak menarik akan membuatkan orang tidak minat ke perpustakaan. Sebab itulah, saya rasa sudah tiba masanya perpustakaan berubah sekiranya mahu menarik lebih ramai yang datang,” kata Mohd. Yunus Ismail.

Beliau yang juga pensyarah Fakulti Tari di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) turut berpandangan pengurusan perpustakaan yang agak” tidak mesra pengguna” seperti perlu mematuhi pelbagai peraturan menyebabkan orang ramai lebih cenderung ke kedai buku.

Bukan sahaja suasananya yang lebih santai, malah susunan buku, perabot, penataan cahaya lampu secukupnya, seni bina yang lebih moden, kontemporari, pemilihan warna, sekali gus menarik minat orang ramai untuk memilih kedai buku berbanding perpustakaan.

Apatah lagi, pengurusan kedai buku yang membenarkan pengunjung membaca tanpa adanya paksaan membeli, menjadi faktor penting mengapa kedai buku ternama seperti MPH, Kinokuniya sentiasa dibanjiri orang ramai.

Ketinggalan

Faktor “suasana” bukanlah satu-satunya perkara yang menyebabkan seseorang itu lebih cenderung ke kedai buku berbanding perpustakaan. Harus diingat, koleksi genre yang ada di sesuatu perpustakaan itu juga memainkan peranan penting, yakni sebagai faktor tarikan ke gedung ilmu itu. Dalam satu laporan artikel oleh Library Journal, Profesor yang juga merangkap Pustakawan Rujukan di Brooklyn College, Renee Feinberg menyedari bahawa kebanyakan pelajar kolej lebih gemar menggunakan kedai buku Barnes & Noble sebagai perpustakaan mereka.

Ini berdasarkan hasil temuramah dengan 20 pelajar kolej. Dalam temuramah itu, mereka ditanya mengapa menggunakan kedai buku seolah-olah seperti perpustakaan dan respon yang diberikan ialah buku lebih up-to-date, lebih khusus, koleksi banyak dan mencukupi.

Selain itu, kedai buku yang beroperasi sehingga malam berbanding perpustakaan menyebabkan mereka selesa menjadikannya sebagai perpustakaan untuk proses pembelajaran dan kajian.

Pandangan itu turut diakui oleh koreografer dan penari terkenal, Dr. Joseph Gonzales dalam satu tembual bersama Bernama baru-baru ini.

“Buku yang saya suka mungkin tidak dapat dicari di perpustakaan. Ini kerana, buku dalam bidang yang saya minat ini (seni) tidak banyak dan susah hendak cari.

“Disebabkan itulah, saya lebih suka pergi MPH, Borders ataupun beli melalui online di amazon.com,” katanya.

Mungkin tidak salah sekiranya menyatakan bahawa perpustakaan negara kita agak ketinggalan dalam faktor ini, penyediaan ruang kafe di gedung ilmu itu.

Tidak bermaksud membuat spekulasi bahawa perpustakaan negara ini tidak dilengkapi dengan kemudahan kafe, namun selalunya ia berada di lokasi tidak bersesuaian, iaitu pemisahan antaran himpunan buku dan tempat menjamu selera.

Berbanding kedai buku, kafenya berada berdekatan dengan rak-rak buku sekali gus memudahkan pengunjung untuk menjamu selera.

Selain itu, pengunjung juga dibenarkan untuk membawa buku ke kafe sekali gus adalah alasan terbaik mengapa mereka memilih kedai buku! Kalau dilihat di negara barat, kebanyakan kafe berada dalam perpustakaan itu sendiri seperti The Farminton Library (Connecticut), The Hartford Public Library (Connecticut), Brooklyn Main Library (New York) dan Burlington County (New Jersey).

Bukan sahaja kafe, malah keterbukaan pengurusan perpustakaan di sana yang membenarkan mereka membawa kopi, muffin ke ruang pembacaan, sememangnya memberi keselesaan kepada pengunjung.

Keterbukaan ini sekali gus meningkatkan jumlah pengunjung ke perpustakaan. Ini berdasarkan rekod yang dicatatkan oleh Multnomah County Library di Portland Oregon.

Bukan sahaja mempunyai kafe dalam perpustakaan malah strategi mereka menempatkan Starbucks telah berjaya meningkatkan jumlah pinjaman sebanyak lapan juta buku setahun.

“Saya pernah pergi perpustakaan di Esplanade, Singapura. Di sana, saya boleh bawa kopi ke meja pembacaan dan ia sangat mesra pengguna asalkan jaga tatasusila,” kata Mohd. Yunus.

Bagaimanapun, ujar Mohd. Yunus suasana sedemikian tidak berlaku di perpustakaan negara ini. Mengulas lanjut: “Mungkin disebabkan faktor takut air minuman tumpah sekali gus merosakkan buku menyebabkan perpustakaan kita tidak membenarkan wujudnya senario sedemikian.”

— Bernama

Sumber : Petikan Akhbar (Bernama bertarikh 02/03/2012)

Cuti untuk kemaskini PSS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekadar makluman perkembangan terkini PSS sekolah yang masih lagi dalam kemaskini. Perancangan kasar untuk membuka operasi PSS  dijangkakan pada tarikh 1 Mac 2013. Semoga dipermudahkan.

20130212_142659

20130212_142644

20130212_142805

20130212_142722

Tarikh 12.02.2013, tiga orang pelajar ni sanggup turun untuk membantu GPM meneruskan operasi kemaskini PSS. Walaupun waktu cuti, mereka dengan semangatnya turun ke sekolah biarpun masalah pengangkutan. Semoga urusan PSS kita akan dipermudahkan.

Button Badge dan Kemaskini PSS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Akhirnya barang yang ditempah sudah sampai. Button Badge untuk Pengawas PSS dan juga untuk pelajar yang bertuah sebab berkunjung apabila PSS beroperasi tidak lama lagi. Semoga menjadi satu semangat kepada pengawas dan pelajar untuk berkunjung ke PSS nanti.

asd

asas

Gambar di bawah pula, kemaskini masih berjalan dan pengawas berdedikasi sedang memproses buku baru. Gambar lain juga menunjukkan buku-buku lama sudah diletakkan di rak buku. Label-label rak dalam proses dikemaskini. Semoga PSS tahun ini dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga sekolah khususnya pelajar untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran.

20130130_161320

20130130_110827

20130130_110837