PSS pada tahun 2014

221 222 917 1040 1041 1043 1044 452 320 942

Advertisements

Mesyuarat Pertama PSS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah pada hari ini selesai sudah mesyuarat pertama PSS pada tahun 2013 dengan kehadiran PK1 sebagai pendorong untuk guru PSS yang hadir untuk melakukan yang terbaik berkenaan dengan pengurusan program dan aktiviti PSS. Diharapkan perbincangan dalam mesyuarat memberikan permulaan baru untuk lebih menghadirkan banyak kerjasama dan sikap bantu membantu dalam program PSS khususnya. Semoga kita semua khususnya guru-guru dalam pengurusan PSS dapat menjalankan tugas dengan lebih dedikasi lagi.

Suasana PSS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selepas PSS dibuka secara tidak rasmi pada 15 Mac 2013, pelbagai aktiviti telah dijalankan khususnya di dalam PSS. Berikut antara gambar dan suasana aktiviti yang telah dijalankan sama ada PSS sebagai tempat belajar, indoor game, tempat kelas tambahan malam pelajar asrama, pembentangan tugasan pra universiti dan macam-macam lagi.  Selepas cuti penggal persekolahan nanti, PSS akan mengadakan kursus asas pengawas PSS dan juga beberapa program yang lain jika keadaan mengizinkan.

20130226_161315

20130301_160253

DSC_0019

DSC_0013

20130301_160253

20130301_160337

882014_124078011109703_1683993315_o

602174_125356120981892_1703787440_n

Cuti untuk kemaskini PSS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekadar makluman perkembangan terkini PSS sekolah yang masih lagi dalam kemaskini. Perancangan kasar untuk membuka operasi PSS  dijangkakan pada tarikh 1 Mac 2013. Semoga dipermudahkan.

20130212_142659

20130212_142644

20130212_142805

20130212_142722

Tarikh 12.02.2013, tiga orang pelajar ni sanggup turun untuk membantu GPM meneruskan operasi kemaskini PSS. Walaupun waktu cuti, mereka dengan semangatnya turun ke sekolah biarpun masalah pengangkutan. Semoga urusan PSS kita akan dipermudahkan.

Button Badge dan Kemaskini PSS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Akhirnya barang yang ditempah sudah sampai. Button Badge untuk Pengawas PSS dan juga untuk pelajar yang bertuah sebab berkunjung apabila PSS beroperasi tidak lama lagi. Semoga menjadi satu semangat kepada pengawas dan pelajar untuk berkunjung ke PSS nanti.

asd

asas

Gambar di bawah pula, kemaskini masih berjalan dan pengawas berdedikasi sedang memproses buku baru. Gambar lain juga menunjukkan buku-buku lama sudah diletakkan di rak buku. Label-label rak dalam proses dikemaskini. Semoga PSS tahun ini dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga sekolah khususnya pelajar untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran.

20130130_161320

20130130_110827

20130130_110837

Kunjungan guru-guru ke PSS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini (02.02.2013) PSS yang masih dikemaskini dikunjungi beberapa orang guru termasuk GPM sendiri dan guru unit keceriaan PSS yang melihat perkembangan PSS setakat ini selepas selesai aktiviti ko kurikulum sekolah. Setiausaha HEM turut serta dan telah memberikan beberapa cadangan. Terima kasih kepada rakan guru yang sudi berkunjung dan pada masa yang sama sempat berbincang beberapa perkara untuk penambahbaikan PSS walaupun lokasi PSS baru ini berada di Tingkat 4 bangunan baru.

GPM sendiri menjadi penunjuk dan pemberi maklumat setiap lokasi PSS baru ini.Unit Keceriaan juga menambah keceriaan PSS dibantu oleh guru-guru lain. Diharap guru-guru lain juga dapat berkunjung dan boleh melihat perkembangan PSS baru ni dan boleh memberikan idea terbaru untuk difikirkan jika ianya dapat diusahakan.  Maaf, gambar-gambar kunjungan guru tadi tak sempat diambil kerana sibuk memberi penjelasan kepada mereka.

Proses Kemaskini PSS : 60% siap

20130112_181115

20130112_181133

20130112_180855

20130112_180932

20130123_093106

20130112_181151

gmbr pss2

gmbrpss

Pusat Sumber Sekolah yang baru masih lagi dalam proses kemaskini, dianggarkan sudah sampai tahap 60% siap. Persediaan untuk beroperasi semula sedang giat dijalankan dan jangkaan terkini akhir bulan Februari Pusat Sumber baru akan beroperasi sepenuhnya.

by,

Shorab Syed Ali

GPM SMK Tagasan Semporna 2013

Proses kemaskini PSS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 09.01.2012 (rabu) GPM bersama guru perpustakaan dan pengawas menjalankan aktiviti gotong royong untuk menyusun atur pusat sumber baru. Reka bentuk yang dicadangkan oleh guru keceriaan sedikit sebanyak telah membantu proses kemaskini yang telah dirancang. Berikut adalah paparan gambar aktiviti gotong royong yang telah dijalankan dan sebenarnya masih lagi dalam proses untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Keceriaan pusat sumber pula akan dijalankan dalam masa terdekat dan bahan-bahannya sedang dihasilkan oleh pengawas pusat sumber dan guru keceriaan. Kemudiaan, proses buku baru akan dimulakan selepas aktiviti keceriaan dan susun atur selesai. Dijangkakan pertengahan bulan Februari pusat sumber baru akan beroperasi semula.

20130109_150934

20130109_151014

20130109_151356

20130109_150913

20130109_155922

20130109_161910

20130109_161948

Jom, kembali ke sekolah !

 

backtoschool

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cuti sekolah sesi 2012 sudah berakhir dan esok (02.01.2013) akan bermulanya sesi persekolahan baru untuk tahun 2013. Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar di Malaysia khususnya pelajar SMK Tagasan Semporna dan para guru sekalian. Pastinya suasana sesi persekolahan akan kembali hangat dengan keceriaan pelajar berjumpa rakan sekelas, berjumpa guru dan kembali mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran oleh para guru. Cuti sudah berlalu, sekarang masa untuk belajar dan menumpukan sepenuhnya kepada pembelajaran khususnya bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan besar pada tahun ini. Belajar dari awal, selalu mengulangkaji pelajaran dan memberi perhatian semasa proses P&P serta berdoa pasti akan memperoleh kejayaan. All the best.

Renungan untuk pelajar :

20121231_175215