PSS sudah 1 tahun 2 bulan…

Assalamualaikum..

Pada hari ini (13 Mei 2014), PSS semakin ‘membesar’ di tempat dan suasana baru. Hampir 1 tahun 2 bulan lebih sejak dibuka pada 15 Mac 2013 secara tidak rasmi, PSS makin ‘membesarkan dirinya’ di tempat yang baru. Boleh dikatakan permulaan ‘menghidupkan’ semula PSS khususnya di tempat baru bermula dari kosong. Arahan untuk mengambil alih dalam keadaan terpinga-pinga untuk memulakan PSS yang baru.

67

Ilmu yang begitu cetek tentang dunia PSS walaupun zaman persekolahan pernah menjadi Pengerusi PSS bukanlah satu panduan yang cukup untuk membentuk semula PSS di sekolah ini. Tidak mahu menyalahkan pihak terdahulu, mungkin inilah dugaan alam pekerjaan bagi seorang guru baru untuk diamanahkan menjalankan tanggungjawab yang penuh dugaan.

Permulaannya cukup memeritkan, cuti sekolah tahun 2012 (tahun pertama bergelar seorang guru) diisi dengan memindahkan semua peralatan dan ‘isi-isi’ PSS dari tempat lama ke tempat yang baru. Bantuan beberapa rakan dan adik menjalankan tanggungjawab ini. Keadaan ini sudah cukup memberi dugaan yang mencabar. Mengangkut barang, kerusi meja dari tingkat 3 bangunan lama ke tingkat 4 bangunan baru bukanlah tugas mudah. Berkat kesungguhan mereka yang membantu, dalam tempoh 2 hari akhirnya proses pemindahan barang-barang yang berat Berjaya dilakukan.

8

Permulaan tahun baru persekolahan 2013, perancangan dan merekabentuk PSS di tempat baru diisi di samping menunaikan tanggungjawab sebagai guru baru di Tingkatan 6. Tugas dan amanah beriringan untuk dilaksanakan dengan harapan untuk direalisasikan sepenuhnya. Tingkatan 6 yang sudah berubah ke sistem pentaksiran baru dan memerlukan perhatian yang serius kerana pelajar Tingkatan 6 akan mengambil peperiksaan awam dalam bentuk penggal. Sedikit terjejas perhatian untuk membangunkan PSS tatkala jadual waktu mengajar yang begitu padat dan kurangnya masa untuk memikirkan hala tuju PSS.

Sedikit demi sedikit PSS dibangunkan dengan bantuan guru PSS yang dilantik bersama bantuan pengawas PSS yang begitu komited untuk melihat PSS di tempat baru akan diwujudkan. Hampir 3 bulan proses kemaskini PSS, akhirnya berjaya dibuka secara tidak rasmi pada 15 Mac 2013 walaupun masih tidak seperti PSS yang normal. Begitu banyak kekurangan, begitu banyak kelemahan, sistem pengurusan, sistem perfailan dan kemudahan pinjaman belum cukup untuk dilaksanakan. Namun, tetap dibuka juga kepada warga sekolah sementara dari semasa ke semasa PSS dikemaskini. Hari demi hari, PSS dibangunkan, dikemaskini, menjalankan program setakat mana yang mampu dengan komitmen yang banyak kepada tugas-tugas yang lain.

20121113_171052[1]

20130109_155459

20130109_151436

20121024_095719

DSC_0011

DSC_0019

Apa yang menjadi sejarah untuk PSS baru ini, PSS sekolah ini merupakan PSS pertama di Malaysia yang diterima untuk pelaksanaan Program Kembara Bakti Guru Perpustakaan dan Media Malaysia yang pertama di Malaysia. Program ini diilhamkan hanya dalam Facebook Rasmi GPM Malaysia bertujuan untuk membantu PSS dalam pelbagai segi khususnya membangunkan PSS itu sendiri sejajar dengan fungsi PSS kepada sekolah. PSS sekolah ini menawarkan diri untuk diberi peluang bangun semula seperti PSS yang lain walaupun ada beberapa sekolah lain yang turut sama menawarkan diri untuk dibantu.

Akhirnya PSS sekolah ini dipilih untuk Kembara Bakti GPM yang pertama dan pastinya sebagai GPM yang diamanahkan membangunan PSS sekolah ini sedikit sebanyak menjadikannya satu platform membangunkan PSS lebih dinamik lagi. Tarikh 12 – 16 Disember 2013, program ini telah berlangsung dalam keadaan PSS masih serba kekurangan untuk menyediakan pelbagai kemudahan kepada pihak pelaksana Program menjalankan tugas mereka. Banyak perkara yang dipelajari, nasihat dan motivasi diberikan dalam usaha memantapkan lagi PSS sekolah ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak Pelaksana Program Kembara Bakti GPM Malaysia 2013 yang dikelolakan oleh orang kuat BTP Semenanjung, kehadiran mereka ke PSS sekurang-kurangnya memberi semangat dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.


2

4


5

10

Segala tunjuk ajar dan motivasi untuk memantapkan PSS sekolah ini akan terus disemat dalam saubari khususnya kepada diri GPM sendiri dan 8 orang pengawas PSS yang sanggup datang membantu program ini. Kini, PSS akan terus berusaha menjadi PSS yang lebih baik lagi pada masa akan datang. Sokongan dan kerjasama dari pentadbir khususnya mendorong PSS untuk dibangunkan dengan lebih mantap lagi. Dugaan dan ujian kadang kala datang menerjah, seketika PSS terabai, seketika semangat turun namun amanah tetap amanah. Ujianhadir mengajar untuk lebih mengenal erti perjuangan sebenar dalam kehidupan manusia.

1

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam membangunkan PSS sekolah ini di tempat yang baru walaupun sudah berusia hampir 1 tahun 2 bulan . Jasa dan khidmat bakti semua sentiasa dalam kenangan khususnya PSS ini sendiri.

Sekadar kenangan aktiviti PSS setakat ini dalam tahun 2014 ..

1. Taklimat PSS dalam Orientasi Pelajar Tingkatan 1

2. Pengambilan dan pemilihan Pengawas PSS baru

3. Program Bicara Hati ke Hati bersama Pengawas PSS lama dan baru

4. Kuiz bulanan dalam PSS

5. Pameran dan Jualan di Hari Iktiraf sekolah

6. Program 10 minit membaca peringkat sekolah anjuran Perpustakaan Negara

1043 34332 34322 6744 5454 3432 2124 765 212 231 343 11 12

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s